Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - إذا نظر إلى الهلالِ، قال: اللهم اجعلْه هلالَ يمنٍ ورشدٍ، آمنتُ باللهِ الذي خلقك فعدلكَ، فتباركَ اللهُ أحسنُ الخالقِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat bulan sabit, Baginda berdoa: Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai bulan sabit yang boleh memberikan anugerah dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu seterusnya menyempurnakanmu, Maha Berkat Allah, sebaik-baik Pencipta.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis no. 7556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - إذا نظر إلى الهلال، قال: ((اللهم اجعله هلال يمن ورشد، آمنت بالله الذي خلقك فعدلك، فتبارك الله أحسن الخالقين)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4216)]
(Palsu) Daripada Anas RA, katanya: Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat bulan sabit, Baginda berdoa: Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai bulan sabit yang boleh memberikan anugerah dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu seterusnya menyempurnakanmu, Maha Berkat Allah, sebaik-baik Pencipta. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4216]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman