Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat arah Baitullah, Baginda berdoa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا نظر إلى البيت، قال: اللهم زد بيتك هذا تشريفا وتعظيما وتكريما وبرا ومهابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat arah Baitullah, Baginda berdoa: Ya Allah! Tambahkanlah pada BaitMu ini kehormatan, keagungan, kemuliaan, pemeliharaan dan kehebatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis nombor 7555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة بن أسيد – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا نظر إلى البيت، قال: ((اللهم زد بيتك هذا تشريفا وتعظيما وتكريما وبرا ومهابة)). [طب، طس، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (4215)]

(Palsu)
Daripada Huzaifah bin Usaid RA, katanya: Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat arah Baitullah, Baginda berdoa: Ya Allah! Tambahkanlah pada BaitMu ini kehormatan, keagungan, kemuliaan, pemeliharaan dan kehebatan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir dan Mu'jam al-Awsat dan 'Abd al-Ghaniy al-Maqdisi dalam ((al-Sunan)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4215]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.