Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يُعْجِبُهُ النَّظَرُ إِلَى الأُتْرُجّ، وَكَانَ يُعْجِبُهُ النَّظَرُ إِلَى الحَمَامِ الأَحْمَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW gemar memandang buah sitrus dan juga merpati merah.
Sahabat Perawi
- 'Aisyah RA
- Ali RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1040, hadis no. 5321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) كان يعجبه النظر إلى الأترج وكان يعجبه النظر إلى الحمام الأحمر. روي عن أبي كبشة وعلي وعائشة وأنس رضي الله عنهم وطاووس مرسلا. [ابن حبان في الضعفاء، أبو العباس الأصم في حديثه، ابن عساكر، طب، حب، الخطيب في الموضح، أبو نعيم في أخبار أصبهان، ابن الجوزي، الضعيفة (1393)]
(Palsu) Baginda SAW gemar memandang buah sitrus dan juga merpati merah, demikian yang direkodkan daripada Abu Kabshah, Ali, A’ishah, Anas, dan Tawus secara mursal. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Abu al-‘Abbas al-Asamm dalam al-Hadith, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Tabarani dalam al-Kubra, Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaddih, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan, dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1393]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman