Baginda SAW gemar memandang buah sitron dan juga merpati merah

TEKS BAHASA ARAB

كان يعجبه النظر إلى الأترج وكان يعجبه النظر إلى الحمام الأحمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW gemar memandang buah sitron dan juga merpati merah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1040, hadis nombor 5321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) كان يعجبه النظر إلى الأترج وكان يعجبه النظر إلى الحمام الأحمر. روي عن أبي كبشة وعلي وعائشة وأنس رضي الله عنهم وطاووس مرسلا. [ابن حبان في الضعفاء، أبو العباس الأصم في حديثه، ابن عساكر، طب، حب، الخطيب في الموضح، أبو نعيم في أخبار أصبهان، ابن الجوزي، الضعيفة (1393)]

(Palsu) Baginda SAW gemar memandang buah sitron dan juga merpati merah, demikian yang direkodkan daripada Abu Kabshah, Ali, A’ishah, Anas, dan Tawus secara mursal. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Abu al-‘Abbas al-Asamm dalam al-Hadith, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Tabarani dalam al-Kubra, Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaddih, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan, dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1393]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs