Baginda SAW gemar apabila buka puasa, berbuka puasa dengan susu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يستحب إذا أفطر أن يفطر على لبن فإن لم يجد فتمر فإن لم يجد حسا حسوات من ماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW gemar apabila berbuka puasa, buka puasa dengan susu. Jika Baginda tidak menemui susu, Baginda berbuka dengan tamar. Jika Baginda tidak menemui tamar, Baginda akan menghirup beberapa hirupan air kosong.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091, hadis nombor 5542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر اللبن) عن أنس رضي الله عنه قال: كَانَ يستحبُّ إذا أفطرَ أنْ يُفْطِرَ عَلَى لبنٍ فَإِنْ لَمْ يجدْ فَتَمرٍ فَإِنْ لَمْ يجدْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ. [ابن عساكر، الضعيفة (6127)].

(Munkar dengan lafaz susu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda SAW gemar apabila buka puasa, berbuka puasa dengan susu. Jika Baginda tidak menemui susu, Baginda berbuka dengan tamar. Jika Baginda tidak menemui tamar, Baginda akan menghirup beberapa hirupan air kosong. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6127]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.