Baginda SAW dan Nabi Isa AS akan bangkit dari satu kubur di antara kubur Abi Bakr RA dan 'Umar RA

TEKS BAHASA ARAB

ينزل عيسى ابن مريم إلى الأرض، فيتزوج، ويولد له، ويمكث خمسا وأربعين سنة، ثم يموت فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابن مريم من قبر واحد بين أبي بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Isa Ibn Maryam akan turun ke bumi, lalu dia berkahwin dan mempunyai anak. Dia akan tinggal (hidup) di dunia selama 45 tahun, kemudian meninggal dunia lalu dikebumikan bersamaku di kuburku. Aku dan ‘Isa Ibn Maryam akan bangkit dari satu kubur di antara kubur Abi Bakr RA dan ‘Umar RA.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1391 – 1392, hadis nombor 7065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ينزل عيسى ابن مريم إلى الأرض، فيتزوج، ويولد له، ويمكث خمسا وأربعين سنة، ثم يموت فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابن مريم من قبر واحد بين أبي بكر وعمر.
[ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6562)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: ‘Isa Ibn Maryam akan turun ke bumi, lalu dia berkahwin dan mempunyai anak. Dia akan tinggal (hidup) di dunia selama 45 tahun, kemudian meninggal dunia lalu dikebumikan bersamaku di kuburku. Aku dan ‘Isa Ibn Maryam akan bangkit dari satu kubur di antara kubur Abi Bakr RA dan ‘Umar RA.
[Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6562]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.