Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ينزلُ عيسى ابنُ مريمَ إلى الأرضِ، فيتزوجُ، ويُولدُ لهُ، ويَمكثُ خمسًا وأربعينَ سَنَةً، ثم يموتُ فيُدفنُ معي في قبري، فأقومُ أنا وعيسى ابنُ مريمَ من قبرٍ واحدٍ بينَ أبي بكرٍ وعمرَ.
Teks Bahasa Melayu
Isa Ibn Maryam akan turun ke bumi, lalu dia berkahwin dan mempunyai anak. Dia akan tinggal (hidup) di dunia selama 45 tahun, kemudian meninggal dunia lalu dikebumikan bersamaku di kuburku. Aku dan 'Isa Ibn Maryam akan bangkit dari satu kubur di antara kubur Abi Bakr RA dan 'Umar RA.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1391 - 1392, hadis no. 7065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ينزل عيسى ابن مريم إلى الأرض، فيتزوج، ويولد له، ويمكث خمسا وأربعين سنة، ثم يموت فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابن مريم من قبر واحد بين أبي بكر وعمر. [ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6562)]
(Munkar) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: 'Isa Ibn Maryam akan turun ke bumi, lalu dia berkahwin dan mempunyai anak. Dia akan tinggal (hidup) di dunia selama 45 tahun, kemudian meninggal dunia lalu dikebumikan bersamaku di kuburku. Aku dan 'Isa Ibn Maryam akan bangkit dari satu kubur di antara kubur Abi Bakr RA dan 'Umar RA. [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6562]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman