Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يصومُ عاشوراءَ ويأمرُ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1849, hadis no. 9331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي -رضي الله عنه-، قال: ((كان ﷺ يصوم عاشوراء ويأمر به)). [عم، البزار، ((الضعيفة)) (٤٢٧٥)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Baginda SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa. [Riwayat ‘Abdullah bin Ahmad dalam kitab Zawā`id al-Musnad, al-Bazzār dalam kitab al-Kasyf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4275]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman