Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW berjunub, lalu baginda pun mandi

Teks Bahasa Arab

كان صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يُجنِبُ، فيغتسِلُ، ثمَّ يَستدفئ بي قبلَى أنْ أغتسِلَ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW berjunub, lalu baginda pun mandi, kemudian baginda menghangatkan diri (bermesra) denganku sebelum aku mandi.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis no. 6203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان صلى الله عليه وسلم يجنب، فيغتسل، ثم يستدفئ بي قبلى أن أغتسل. [ابن الجعد في ((مسنده))، البغوي، ((الضعيفة)) (5657)].

(Lemah) Daripada 'Aishah RA, katanya: Baginda SAW berjunub, lalu baginda pun mandi, kemudian baginda menghangatkan diri (bermesra) denganku sebelum aku mandi. [Riwayat Ibn al-Ja'd dalam Musnadnya, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5657]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.