Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ ﷺ إذا جلسَ مَجلِسًا فأرادَ أن يقومَ استغفَرَ اللَّهُ عشرًا، إلى خمسَ عشرةَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW apabila duduk dalam satu majlis, lalu Baginda mahu bangun berdiri dan beristighfar sebanyak 10 kali hingga 15 kali.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis no. 7193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA, katanya: Baginda SAW apabila duduk dalam satu majlis, lalu Baginda mahu bangun berdiri dan beristighfar sebanyak 10 kali hingga 15 kali. [Riwayat al-Baghawi dalam Hadith 'Ali bin al-Ja'd, Ibn al-Sunni dan Ibn 'Adiy dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1369]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman