Baginda SAW beribadah dua bulan sebelum Baginda wafat

TEKS BAHASA ARAB

تعبد قبل أن يموت بشهرين واعتزل النساء حتى صار كالحلس البالي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW beribadah dua bulan sebelum Baginda wafat. Baginda meninggalkan isteri-isterinya sehingga Baginda menjadi seolah-olah tikar jerami lama.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis nombor 5474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سفينة رضي الله عنها قالت: تعبد قبل أن يموت بشهرين واعتزل النساء حتى صار كالحلس البالي. [خط، الضعيفة (5716)]

(Munkar) Daripada Safinah RA, beliau menceritakan: Baginda SAW beribadah dua bulan sebelum Baginda wafat. Baginda meninggalkan isteri-isterinya sehingga Baginda menjadi seolah-olah tikar jerami lama. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5716]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs