Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ - صَلَى الله عَلَيهِ وَسَلَم - يَكْتَحِلُ كُلَّ لَيلَةٍ، وَيَحْتَجِمُ كُلَّ شَهْرٍ، وَيَشْرَبُ الدَوَاءَ كُلَّ سَنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW bercelak setiap malam, berbekam setiap bulan, dan minum ubat setiap tahun.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis no. 5975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يكتحل كل ليلة، ويحتجم كل شهر، ويشرب الدواء كل سنة)). [عد، ((الضعيفة)) (4286)]
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA telah berkata: Baginda SAW bercelak setiap malam, berbekam setiap bulan, dan minum ubat setiap tahun. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4286]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman