Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلى الله عليه وسلم يُكْثِرُ دهنَ رأسَه ويُسرّح لحيته بالماء.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa baginda SAW banyak meletakkan minyak di kepalanya dan menyiram janggutnya dengan air.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis no. 8162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم يكثر دهن رأسه ويسرح لحيته بالماء. [عباس الدوري في ((التاريخ))، هب، ((الضعيفة)) (2456)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Bahawa baginda SAW banyak meletakkan minyak di kepalanya dan menyiram janggutnya dengan air. [Riwayat Abbas al-Duriy dalam Al-Tarikh, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2456]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman