Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ - صَلَى الله عَلَيهِ وَسَلم - إِذَا اشْتَكَى اقْتَمَحَ كَفًّا مِنْ شُونِيزٍ، وشَرِبَ عَلَيهِ مَاءً وَعَسَلًا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW apabila merasa sakit, Baginda akan menumbuk segenggam habbatus sauda`, lalu Baginda akan minum bersama dengan air dan madu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis no. 5972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - إذا اشتكى اقتمح كفا من شونيز، وشرب عليه ماء وعسلا)). [خط، ((الضعيفة)) (4171)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA telah berkata: Baginda SAW apabila merasa sakit, Baginda akan menumbuk segenggam habbatus sauda`, lalu Baginda akan minum bersama dengan air dan madu. [ٌRiwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4171]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman