TEKS BAHASA ARAB
كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دعا لرجل أصابته، وأصابت ولده، وولد ولده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW apabila mendoakan seseorang lelaki, doa Baginda merangkuminya, anaknya dan untuk cucunya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis nombor 7546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حذيفة – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دعا لرجل أصابته، وأصابت ولده، وولد ولده. [ حم، ش، ابن بشران، ((الضعيفة)) (4193)]
(Lemah)
Daripada Huzaifah RA, katanya: Baginda SAW apabila mendoakan seseorang lelaki, doa Baginda merangkuminya, anaknya dan untuk cucunya. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad, Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf dan Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4193]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.