Lemah
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - إذا دعا لرجلٍ أصابتْهُ، وأصابتْ ولدَه، وولدَ ولدِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW apabila mendoakan seseorang lelaki, doa Baginda merangkuminya, anaknya dan untuk cucunya.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis no. 7546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حذيفة - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - إذا دعا لرجل أصابته، وأصابت ولده، وولد ولده. [ حم، ش، ابن بشران، ((الضعيفة)) (4193)]
(Lemah) Daripada Huzaifah RA, katanya: Baginda SAW apabila mendoakan seseorang lelaki, doa Baginda merangkuminya, anaknya dan untuk cucunya. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad, Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf dan Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4193]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman