Baginda SAW apabila meminta sesuatu maka Baginda hadapkan kedua telapak tangannya menghadap ke arah Baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا سأل جعل باطن كفيه إليه (وفي رواية: إلى وجهه)، وإذا استعاذ جعل ظاهرهما إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila meminta sesuatu maka Baginda hadapkan kedua telapak tangannya menghadap ke arah Baginda (dalam riwayat lain: ke arah wajah Baginda) dan apabila Baginda mahu meminta perlindungan terhadap sesuatu Baginda hadapkan kedua belakang tangan ke arah Baginda (menterbalikkan).

STATUS

Lemah dengan lafaz yang lengkap

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis nombor 7548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه) عن خلاد بن السائب الأنصاري، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا سأل جعل باطن كفيه إليه (وفي رواية: إلى وجهه)، وإذا استعاذ جعل ظاهرهما إليه. [حم، ((الضعيفة)) (4199)]

(Lemah dengan Lafaz yang Lengkap)
Daripada Khallad bin al-Saib al-Ansari, katanya: Baginda SAW apabila meminta sesuatu maka Baginda hadapkan kedua telapak tangannya menghadap ke arah Baginda (dalam riwayat lain: ke arah wajah Baginda) dan apabila Baginda mahu meminta perlindungan terhadap sesuatu Baginda hadapkan kedua belakang tangan ke arah Baginda (menterbalikkan).
[Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4199]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs