TEKS BAHASA ARAB
كان إذا – صلى الله عليه وسلم – قرأ ((أليس ذلك بقادر على أن يحيي الموتى))، قال: ((بلى))، وإذا قرأ: ((أليس الله بأحكم الحاكمين))، قال: ((بلى)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW apabila membaca: ((Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?)) [Surah al-Qiyamah ayat 40] Baginda menjawab: "Ya", dan apabila Baginda membaca: ((Bukankah Allah adalah hakim yang seadil-adilnya?)) [Surah al-Tin ayat 8] Baginda menjawab: "Ya".
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis nombor 7554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: كان إذا – صلى الله عليه وسلم – قرأ ((أليس ذلك بقادر على أن يحيي الموتى))، قال: ((بلى))، وإذا قرأ: ((أليس الله بأحكم الحاكمين))، قال: ((بلى)). [ك، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (4245)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Baginda SAW apabila membaca: ((Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?)) [Surah al-Qiyamah ayat 40] Baginda menjawab: "Ya", dan apabila Baginda membaca: ((Bukankah Allah adalah hakim yang seadil-adilnya?)) [Surah al-Tin ayat 8] Baginda menjawab: "Ya".
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam ((al-Asma' Wa al-Sifat)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4245]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.