Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah ia bulan sabit yang membawa kebaikan dan berkat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ إذا رأى الهلال، قال: اللهم! اجعله هلال يمن وبركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah ia bulan sabit yang membawa kebaikan dan berkat.

STATUS

Sanadnya Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis nombor 7430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن ابن عمر- رضي الله عنها -، قال: ((كان ﷺ إذا رأى الهلال، قال: اللهم! اجعله هلال يمن وبركة)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (3503)]

(Lemah Sanadnya)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah ia bulan sabit yang membawa kebaikan dan berkat.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3503]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.