Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ إذا رأى الهلالَ قال : اللهمَّ ! اجعلْهُ هلالَ يُمنٍ وبركةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah ia bulan sabit yang membawa kebaikan dan berkat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis no. 7430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف الإسناد) عن ابن عمر- رضي الله عنها -، قال: ((كان ﷺ إذا رأى الهلال، قال: اللهم! اجعله هلال يمن وبركة)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (3503)]
(Lemah Sanadnya) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah ia bulan sabit yang membawa kebaikan dan berkat. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3503]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman