Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Allah Maha Besar

TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ إذا رأى الهلال، قال: الله أكبر الله أكبر، الحمد لله، لا حول ولا قوة إلا بالله، اللهم! إني أسألك خير هذا الشهر، وأعوذ بك من شر القدر، وأعوذ بك من شر يوم المحشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Segala puji bagi Allah, Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kebaikan bulan ini dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukan takdir dan keburukan pada hari Perhimpunan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis nombor 7429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه -، قال: ((كان ﷺ إذا رأى الهلال، قال: الله أكبر الله أكبر، الحمد لله، لا حول ولا قوة إلا بالله، اللهم! إني أسألك خير هذا الشهر، وأعوذ بك من شر القدر، وأعوذ بك من شر يوم المحشر)). [ش، حم، طب، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (3510)]

(Lemah)
Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA, katanya: Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Segala puji bagi Allah, Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kebaikan bulan ini dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukan takdir dan keburukan pada hari Perhimpunan.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, 'Abd al-Ghani dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3510]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs