Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Allah Maha Besar

Teks Bahasa Arab

كان ﷺ إذا رأى الهلالَ قال : اللهُ أكبرُ اللهُ أكبرُ، الحمدُ للهِ لا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ، اللهمَّ ! إني أسألُك خيرَ هذا الشهرِ، وأعوذُ بكَ منْ شرِّ القدَرِ، وأعوذُ بكَ من شرِّ يومِ المحشرِ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Segala puji bagi Allah, Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kebaikan bulan ini dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukan takdir dan keburukan pada hari Perhimpunan.

Sahabat Perawi

  1. Ubadah bin al-Samit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis no. 7429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبادة بن الصامت - رضي الله عنه -، قال: ((كان ﷺ إذا رأى الهلال، قال: الله أكبر الله أكبر، الحمد لله، لا حول ولا قوة إلا بالله، اللهم! إني أسألك خير هذا الشهر، وأعوذ بك من شر القدر، وأعوذ بك من شر يوم المحشر)). [ش، حم، طب، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (3510)]

(Lemah) Daripada 'Ubadah bin al-Samit RA, katanya: Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Segala puji bagi Allah, Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kebaikan bulan ini dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukan takdir dan keburukan pada hari Perhimpunan. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, 'Abd al-Ghani dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3510]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.