Baginda SAW apabila mahu masuk ke tempat membuang air besar

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دخل الغائط قال: ((اللهم! إني أعوذ بك من الرجس النجس الخبيث المخبث الشيطان الرجيم)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda apabila mahu masuk ke tempat membuang air besar, Baginda membaca: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kotoran najis yang jelek lagi makhluk yang buruk iaitu syaitan yang direjam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis nombor 7545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دخل الغائط قال: ((اللهم! إني أعوذ بك من الرجس النجس الخبيث المخبث الشيطان الرجيم)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4189)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Baginda apabila mahu masuk ke tempat membuang air besar, Baginda membaca: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kotoran najis yang jelek lagi makhluk yang buruk iaitu syaitan yang direjam.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4189]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs