Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - إذا دخل الغائطَ قال: اللهم! إني أعوذ بك من الرِّجسِ النجسِ الخبيثِ المخبثِ الشيطانِ الرجيمِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda apabila mahu masuk ke tempat membuang air besar, Baginda membaca: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kotoran najis yang jelek lagi makhluk yang buruk iaitu syaitan yang direjam.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis no. 7545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - إذا دخل الغائط قال: ((اللهم! إني أعوذ بك من الرجس النجس الخبيث المخبث الشيطان الرجيم)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4189)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Baginda apabila mahu masuk ke tempat membuang air besar, Baginda membaca: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kotoran najis yang jelek lagi makhluk yang buruk iaitu syaitan yang direjam. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4189]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman