Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانت لهُ كلَّ لَيلةٍ مِن سعدِ بنِ عُبادةَ صَحفةٌ، فَكانَ يخطبُ النِّساءَ ويقولُ: لَكِ كَذا وَكَذا، وجَفنةُ سعدٍ تدورُ مَعي إليكِ كلَّما دُرتُ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW akan memperoleh sepinggan makanan daripada Sa‘ad bin ‘Ubadah pada setiap malam. Baginda berkata kepada para isteri Baginda: Aku berikan kamu ini dan ini, dan juga sepinggan makanan daripada Sa‘ad untuk kamu setiap kali tiba giliran kamu.
Sahabat Perawi
- Sahl RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis no. 5490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل رضي الله عنه قال: كانت لهُ كل ليلةٍ من سعد بن عُبادة صحفةٌ فكان يخطِبُ النساءَ ويقولُ: لكِ كذا وكذا وجفنةُ سعدٍ تدور معيَ إليكِ كلما دُرتُ. [طب، الضعيفة (5931)]
(Lemah) Daripada Sahl RA, beliau menceritakan: Baginda SAW akan memperoleh sepinggan makanan daripada Sa‘ad bin ‘Ubadah pada setiap malam. Baginda berkata kepada para isteri Baginda: Aku berikan kamu ini dan ini, dan juga sepinggan makanan daripada Sa‘ad untuk kamu setiap kali tiba giliran kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5931]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman