Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلى الله عليه وسلم رُبَّما اغتسل يومَ الجُمُعةِ، وربما تركه أحيانًا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW adakalanya mandi pada hari Jumaat dan adakalanya baginda meninggalkannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1207, hadis no. 6138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: كان صلى الله عليه وسلم ربما اغتسل يوم الجمعة، وربما تركه أحياناً. [طب، ((الضعيفة)) (4236)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Baginda SAW adakalanya mandi pada hari Jumaat dan adakalanya Baginda meninggalkannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4236]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman