Baginda pernah minta disikat dengan minyak al-Juljan

TEKS BAHASA ARAB

كان يستعط بدهن الجلجان إذا وجع رأسه. يعني دهن السمسم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda pernah minta disikat dengan minyak al-Juljan apabila sakit kepala. (Minyak al-Juljan) ialah minyak bijan.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis nombor 5912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا يصح) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كان يستعط بدهن الجلجان إذا وجع رأسه. يعني دهن السمسم)).[المخلص، ابن سعد، ((الضعيفة)) (710)]

(Tidak sahih) Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda pernah minta disikat dengan minyak al-Juljan apabila sakit kepala. (Minyak al-Juljan) ialah minyak bijan. [Riwayat al-Mukhlas, dan Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 710].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.