Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يَسْتَعِطُ بدُهْنِ الجُلْجَانِ إذا وجِعَ رأسُه. يعني دُهْنَ السِّمْسِمِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda pernah minta disikat dengan minyak al-Juljan apabila sakit kepala. (Minyak al-Juljan) ialah minyak bijan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis no. 5912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا يصح) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كان يستعط بدهن الجلجان إذا وجع رأسه. يعني دهن السمسم)).[المخلص، ابن سعد، ((الضعيفة)) (710)]
(Tidak sahih) Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda pernah minta disikat dengan minyak al-Juljan apabila sakit kepala. (Minyak al-Juljan) ialah minyak bijan. [Riwayat al-Mukhlas, dan Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 710].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman