Baginda pernah menunaikan solat selepas asar sedangkan baginda melarangnya

TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي بعد العصر، وينهى عنها، ويواصل وينهى عن الوصال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda pernah menunaikan solat selepas asar sedangkan baginda melarangnya. Baginda juga pernah berpuasa terus-menerus (tanpa berbuka) sedangkan baginda melarang untuk berpuasa terus-menerus.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis nombor 1864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ذكوان مولى عائشة – رضي الله عنها – أنها حدثته أن رسول الله ﷺ: «كانَ يصلِّي بعدَ العصرِ، وينْهى عنْها، ويواصلُ وينْهى عن الوصالِ». [د، «الضعيفة» (945)].

(Munkar) Daripada Zakwan hamba ‘Aishah RA, bahawa ‘Aishah menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah ﷺ pernah menunaikan solat selepas asar sedangkan baginda melarangnya. Baginda juga pernah berpuasa terus-menerus (tanpa berbuka) sedangkan baginda melarang untuk berpuasa terus-menerus. [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 945].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs