Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يصلِّي بعدَ العصرِ، وينْهى عنْها، ويواصلُ وينْهى عن الوصالِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda pernah menunaikan solat selepas asar sedangkan baginda melarangnya. Baginda juga pernah berpuasa terus-menerus (tanpa berbuka) sedangkan baginda melarang untuk berpuasa terus-menerus.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis no. 1864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ذكوان مولى عائشة - رضي الله عنها - أنها حدثته أن رسول الله ﷺ: «كانَ يصلِّي بعدَ العصرِ، وينْهى عنْها، ويواصلُ وينْهى عن الوصالِ». [د، «الضعيفة» (945)].
(Munkar) Daripada Zakwan hamba 'Aishah RA, bahawa 'Aishah menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah ﷺ pernah menunaikan solat selepas asar sedangkan baginda melarangnya. Baginda juga pernah berpuasa terus-menerus (tanpa berbuka) sedangkan baginda melarang untuk berpuasa terus-menerus. [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 945].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman