Baginda pernah memiliki pedang yang gagangnya daripada perak

TEKS BAHASA ARAB

كان له سيف قائمته من فضة وقبيعته من فضة وكان يسمى ذا الفقار وكانت له قوس تسمى السداد وكانت له كنانة تسمى الجمع وكانت له درع موشحة بالنحاس تسمى ذات الفضول وكانت له حربة تسمى النبعاء وكان له مجن يسمى الذقن وكان له ترس أبيض يسمى الموجز وكان له فرس أدهم يسمى السكب وكان له سرج يسمى الداج وكانت له بغلة شهباء يقال لها: دلدل وكانت له ناقة تسمى القصواء وكان له حمار يسمى يعفور وكان له بساط يسمى الكز وكانت له عنزة تسمى النمر وكانت له ركوة تسمى الصادر وكانت له مرآة تسمى المدلة وكان له مقراض يسمى الجامع وكان له قضيب شوحط يسمى الممشوق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda pernah memiliki pedang yang gagangnya daripada perak, hulunya juga daripada perak, ia dinamakan Zu al-Faqar. Baginda juga pernah memiliki busur yang dinamakan al-Sadad. Baginda juga pernah memiliki tabung anak panah yang dinamakan al-Jam’. Baginda juga pernah memiliki baju perisai yang dihias dengan tembaga yang dinamakan Zat al-Fudhul. Baginda juga pernah memiliki tombak yang dinamakan al-Nab’aa’. Baginda juga pernah memiliki perisai yang dinamakan al-Zaqn. Baginda juga pernah memiliki taming putih yang dinamakan al-Mujiz. Baginda juga pernah memiliki kuda perang hitam yang bernama al-Sakb. Baginda juga pernah memiliki pelana yang bernama al-Daj. Baginda juga pernah memiliki seekor baghal betina berwarna kelabu yang dipanggil: Daldal. Baginda juga pernah memiliki seekor unta betina yang dinamakan al-Qaswa’. Baginda juga pernah memiliki keldai yang dinamakan Ya’fur. Baginda juga pernah memiliki permaidani yang dinamakan al-Kazz. Baginda juga pernah memiliki kambing (atau rusa) betina yang dinamakan al-Namir. Baginda juga pernah memiliki bejana yang dinamakan al-Sadir. Baginda juga pernah memiliki cermin yang dinamakan al-Mudillah. Baginda juga pernah memiliki gunting yang dinamakan al-Jami’. Baginda juga pernah memiliki tongkat kayu (pokok) Syauhat yang dinamakan al-Mamsyuq.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1000, hadis nombor 5153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «كان له سيف قائمته من فضة، وقبيعته من فضة، وكان يسمى ذا الفقار وكانت له قوس تسمى السداد وكانت له كنانة تسمى الجمع وكانت له درع موشحة بالنحاس تسمى ذات الفضول وكانت له حربة تسمى النبعاء وكان له مجن يسمى الذقن، وكان له ترس أبيض يسمى الموجز، وكان له فرس أدهم يسمى السكب وكان له سرج يسمى الداج، وكانت له بغلة شهباء يقال لها: دلدل، وكانت له ناقة تسمى القصواء، وكان له حمار يسمى يعفور، وكان له بساط يسمى الكز، وكانت له عنزة تسمى النمر وكانت له ركوة تسمى الصادر وكانت له مرآة تسمى المدلة وكان له مقراض يسمى الجامع وكان له قضيب شوحط يسمى الممشوق. [طب، الضعيفة (4225)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda pernah memiliki pedang yang gagangnya daripada perak, hulunya juga daripada perak, ia dinamakan Zu al-Faqar. Baginda juga pernah memiliki busur yang dinamakan al-Sadad. Baginda juga pernah memiliki tabung anak panah yang dinamakan al-Jam’. Baginda juga pernah memiliki baju perisai yang dihias dengan tembaga yang dinamakan Zat al-Fudhul. Baginda juga pernah memiliki tombak yang dinamakan al-Nab’aa’. Baginda juga pernah memiliki perisai yang dinamakan al-Zaqn. Baginda juga pernah memiliki taming putih yang dinamakan al-Mujiz. Baginda juga pernah memiliki kuda perang hitam yang bernama al-Sakb. Baginda juga pernah memiliki pelana yang bernama al-Daj. Baginda juga pernah memiliki seekor baghal betina berwarna kelabu yang dipanggil: Daldal. Baginda juga pernah memiliki seekor unta betina yang dinamakan al-Qaswa’. Baginda juga pernah memiliki keldai yang dinamakan Ya’fur. Baginda juga pernah memiliki permaidani yang dinamakan al-Kazz. Baginda juga pernah memiliki tongkat yang dinamakan al-Namr. Baginda juga pernah memiliki bejana yang dinamakan al-Sadir. Baginda juga pernah memiliki cermin yang dinamakan al-Mudillah. Baginda juga pernah memiliki gunting yang dinamakan al-Jami’. Baginda juga pernah memiliki tongkat kayu (pokok) Syauhat yang dinamakan al-Mamsyuq. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4225].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs