Baginda pernah melarang kami untuk memasak biji buah sehingga matang

TEKS BAHASA ARAB

كان ينهانا أن نعجم النوى طبخا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda pernah melarang kami untuk memasak biji buah sehingga matang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 411, hadis nombor 2212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن كبشة بنت أبي مريم، قالت: سألت أم سلمة – رضي الله عنها -: ما كان النبي ﷺ ينهى عنه؟ قالت: «كان ينهانا أن نعجم النوى طبخاً». [د، حم، «الضعيفة» (4712)].

(Lemah) Daripada Kabshah binti Abu Maryam, beliau berkata: Aku bertanya kepada Ummu Salamah RA: "Apakah perkara yang dilarang oleh Nabi ﷺ ?". Beliau menjawab: "Baginda pernah melarang kami untuk memasak biji buah sehingga matang". [Riwayat Abū Dāwud dalam Sunannya dan Imam Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4712].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs