Baginda pernah makan sambil bersendeng, lalu Jibril AS turun menemuinya

TEKS BAHASA ARAB

كان يأكل متكئا، فنزل عليه جبريل عليه السلام، فقال: انظروا إلى هذا العبد كيف يأكل متكئا؟ قال: فجلس رسول الله ﷺ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda pernah makan sambil bersendeng, lalu Jibril AS turun menemuinya lantas berkata: "Lihatlah kepada hamba ini, bagaimana mungkin beliau makan sambil bersendeng?" Perawi berkata: "Maka Rasulullah ﷺ pun duduk".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 416, hadis nombor 2241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن إسماعيل الأعوار، قال: «كان يأكلُ متكئًا، فنزل عليه جبريلُ عليهِ السلامُ، فقال: انظُروا إلى هذا العبدِ كيف يأكلُ متكئًا؟ قال: فجلس رسولُ اللهِ ﷺ». [الطحاوي في «المشكل»، «الضعيفة» (5412)].

(Lemah) Daripada Ismail al-A’war, beliau berkata: "Baginda pernah makan sambil bersendeng, lalu Jibril AS turun menemuinya lantas berkata: "Lihatlah kepada hamba ini, bagaimana mungkin beliau makan sambil bersendeng?" Perawi berkata: "Maka Rasulullah ﷺ pun duduk". [Diriwayatkan oleh al-Tahawi dalam al-Mushkil. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5412].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs