Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda pernah makan sambil bersendeng, lalu Jibril AS turun menemuinya

Teks Bahasa Arab

كان يأكلُ متكئًا، فنزل عليه جبريلُ عليهِ السلامُ، فقال: انظُروا إلى هذا العبدِ كيف يأكلُ متكئًا؟ قال: فجلس رسولُ اللهِ ﷺ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda pernah makan sambil bersendeng, lalu Jibril AS turun menemuinya lantas berkata: "Lihatlah kepada hamba ini, bagaimana mungkin beliau makan sambil bersendeng?" Perawi berkata: "Maka Rasulullah ﷺ pun duduk".

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 416, hadis no. 2241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن إسماعيل الأعوار، قال: «كان يأكلُ متكئًا، فنزل عليه جبريلُ عليهِ السلامُ، فقال: انظُروا إلى هذا العبدِ كيف يأكلُ متكئًا؟ قال: فجلس رسولُ اللهِ ﷺ». [الطحاوي في «المشكل»، «الضعيفة» (5412)].

(Lemah) Daripada Ismail al-A’war, beliau berkata: "Baginda pernah makan sambil bersendeng, lalu Jibril AS turun menemuinya lantas berkata: "Lihatlah kepada hamba ini, bagaimana mungkin beliau makan sambil bersendeng?" Perawi berkata: "Maka Rasulullah ﷺ pun duduk". [Diriwayatkan oleh al-Tahawi dalam al-Mushkil. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5412].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.