Baginda pernah makan kurma matang, dan baginda akan membuang biji di atas piring

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يأكل الرطب، ويلقي النوى على القنع، والقنع: الطبق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda pernah makan kurma matang, dan baginda akan membuang biji di atas piring. Piring itu ialah pinggan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408, hadis nombor 2194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعاً: «كان يأكل الرطب، ويلقي النوى على القنع، والقنع: الطبق». [ك، «الضعيفة» (4258)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda pernah makan kurma matang, dan baginda akan membuang biji di atas piring. Piring itu ialah pinggan". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4258].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.