Baginda (Nabi SAW) melarang pernikahan dengan jin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى عن ‌نكاح ‌الجن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda (Nabi SAW) melarang pernikahan dengan jin.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 583, hadis nombor 2998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الزهري قال: ((نهى عن ‌نكاح ‌الجن)). [حرب الكرماني في ((مسائله عن أحمد))، ((الضعيفة)) (6559)]

(Munkar) Daripada al-Zuhri berkata: Baginda (Nabi SAW) melarang pernikahan dengan jin. [Riwayat Harb al-Karmani dalam Masa`iluhu ‘an Ahmad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6559].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.