Baginda menyuruh seseorang pergi ke tempat bekas yang biasa digunakan untuk bersuci

TEKS BAHASA ARAB

كان يبعث إلى المطاهر فيؤتى بالماء فيشربه؛ يرجو بركة أيدي المسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda menyuruh seseorang pergi ke tempat bekas yang biasa digunakan untuk bersuci supaya orang tersebut membawakan air untuk baginda minum kerana mengharapkan keberkatan pada tangan-tangan orang-orang Islam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1221, hadis nombor 6219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عمر قال: قلت: يا رسول الله! الوضوء من جر جديد مخمر أحب إليك أم من المطاهر؟ فقال: لا، بل من المطاهر، إن دين الله الحنيفية السمحة. قَالَ: كان يبعث إلى المطاهر فيؤتى بالماء فيشربه؛ يرجو بركة أيدي المسلمين.
[طس، عد، حل، ((الضعيفة)) (6479)].

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Mana yang lebih anda sukai, berwuduk melalui bekas baru yang tertutup atau bekas yang digunakan untuk bersuci?, Baginda bersabda: Tidak, bahkan melalui bekas yang digunakan untuk bersuci. Sesungguhnya agama Allah adalah hanifiyyah (cenderung kepada tauhid) dan toleransi. Ibn ‘Umar berkata: Baginda menyuruh seseorang pergi ke tempat bekas yang biasa digunakan untuk bersuci supaya orang tersebut membawakan air untuk baginda minum kerana mengharapkan keberkatan pada tangan-tangan orang-orang Islam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Ibn 'Adiy, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6479].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.