Baginda menyuruh orang-orang yang memeluk Islam agar berkhitan

TEKS BAHASA ARAB

كان يأمر من أسلم أن يختتن، وإن كان ابن ثمانين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda juga menyuruh orang-orang yang memeluk Islam agar berkhitan walaupun dia telah mencapai usia 80 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1208, hadis nombor 6145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن قتادة أبي هشام رضي الله عنه، قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: لي: يا قتادة! اغتسل بماء وسدر وأحلق عنك شعر الكفر، وكان يأمر من أسلم أن يختتن، وإن كان ابن ثمانين سنة.
[طب، ((الضعيفة)) (4260)]

(Lemah)
Daripada Qatadah Abi Hisham RA, katanya: Aku pernah datang menemui Rasulullah SAW, baginda pun bersabda kepadaku: Wahai Qatadah! Mandilah menggunakan air dan daun bidara, cukurlah daripadamu bulu-bulu kufur, baginda juga menyuruh orang-orang yang memeluk Islam agar berkhitan walaupun dia telah mencapai usia 80 tahun.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4260]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs