TEKS BAHASA ARAB
كان يجهر ب بسم الله الرحمن الرحيم بمكة وكان أهل مكة يدعون (مسيلمة) الرحمان فقالوا إن محمدا يدعو إلى إله اليمامة فأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخفاها فما جهر بها حتى مات.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda menyaringkan bacaan Bismilillahirrahmanirrahim di Mekah. Penduduk Mekah memanggil Musailimah dengan al-Rahman. Mereka berkata: Sesungguhnya Muhammad memanggil Tuhan al-Yamamah. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan untuk memperlahankan bacaan tersebut. Baginda tidak menyaringkannya sehingga Baginda wafat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1934, hadis nombor 9700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
سَالِمٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ قَالَ: كَانَ يَجْهَرُ بِـ {بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ} بِمَكَّةَ، وَكَانَ أَهْلُ مَكَّةَ يَدْعُونَ (مُسَيْلِمَةَ): الرَّحْمَانَ، فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّداً يَدْعُو إِلَى إِلَهِ الْيَمَامَةِ؛ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْفَاهَا، فَمَا جَهَرَ بِهَا حَتَّى مَاتَ.
[أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (6430)]
(Munkar)
Salim daripada Sa’id Bin Jubair. Beliau berkata: Baginda menyaringkan bacaan Bismilillahirrahmanirrahim di Mekah. Penduduk Mekah memanggil Musailimah dengan al-Rahman. Mereka berkata: Sesungguhnya Muhammad memanggil Tuhan al-Yamamah. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan untuk memperlahankan bacaan tersebut. Baginda tidak menyaringkannya sehingga Baginda wafat.
[Riwayat Abu Daud dalam Al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6430]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.