TEKS BAHASA ARAB
رأيت النبي صلى الله عليه وسلم: إذا توضأ مسح وجهه بطرف ثوبه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
ِAku pernah melihat Nabi Muhammad SAW apabila berwuduk, baginda menyapu wajahnya dengan menggunakan hujung baju baginda.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1207, hadis nombor 6137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم: إذا توضأ مسح وجهه بطرف ثوبه.
[ت، ((الضعيفة)) (4180)]
(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA, katanya: Aku pernah melihat Nabi Muhammad SAW apabila berwuduk, baginda menyapu wajahnya dengan menggunakan hujung baju baginda.
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4180]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.