Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيت النبي صلى الله عليه وسلم: إذا توضأ مسح وجهَهُ بطرفِ ثوبهِ.
Teks Bahasa Melayu
ِAku pernah melihat Nabi Muhammad SAW apabila berwuduk, baginda menyapu wajahnya dengan menggunakan hujung baju baginda.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1207, hadis no. 6137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم: إذا توضأ مسح وجهه بطرف ثوبه. [ت، ((الضعيفة)) (4180)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA, katanya: Aku pernah melihat Nabi Muhammad SAW apabila berwuduk, baginda menyapu wajahnya dengan menggunakan hujung baju baginda. [Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4180]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman