Baginda menyapu dua mata dengan dua perut jari telunjuk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مسح العينين بباطن أنملتي السبابتين بعد تقبيلهما عند سماع أشهد أن محمدا رسول الله من المؤذن مع قوله أشهد أن محمدا عبده ورسوله رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda menyapu dua mata dengan dua perut jari telunjuk selepas menciumnya ketika mendengar أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ yang dilaungkan oleh muazin sambil menyebut Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Aku reda Allah sebagai Tuhan. Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره الديلمي في الفردوس من حديث أبي بكر الصديق أنه لما سمع قول المؤذن أشهد أن محمدا رسول الله قال مثله وقبل بباطن الأنملتين السبابة ومسح عينيه فقال صلى الله عليه وسلم:

من فعل مثل مَا فعل خليلي فقد حلت عَلَيْهِ شَفَاعَتِي

ولا يصح، وكذا ما أورده أبو العباس الرداد المتصوف بسند فيه مجاهيل مع انقطاعه عن الخضر عليه السلام.

Al-Dailami menyebutkannya dalam kitab al-Firdaus daripada Abu Bakar al-Siddiq bahawa selepas beliau mendengar laungan muazin Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah beliau menyebut seperti hadith di atas dan mencium perut jari telunjuk serta menyapu kedua mata. Lantas Baginda SAW bersabda:
“Sesiapa yang melakukan sepertimana yang dilakukan kekasihku maka dia layak mendapat syafaatku.”
Hadith ini tidak sahih. Ia sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu al-‘Abbas al-Raddad seorang ahli sufi dengan sanad yang penuh dengan perawi yang jahil di samping sanadnya terputus daripada Khidir AS.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.