TEKS BAHASA ARAB
كان يشير بإصبعه إذا دعا، ولا يحرّكها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda menunjukkan isyarat dengan jarinya apabila berdoa namun baginda tidak menggerakkannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 324, hadis nombor 1709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ أو منكر (بنفي التحريك)) عن عبد الله بن الزبير – رضي الله عنه -، قال: ((كان يشير بإصبعه إذا دعا، ولا يحرّكها)). [د، ((الضعيفة)) (5572)].
(Shaz atau Munkar (apabila ada penafian gerakan jari)) Daripada Abdullah bin al-Zubayr RA, dia telah berkata: Baginda menunjukkan isyarat dengan jarinya apabila berdoa namun baginda tidak menggerakkannya. [Riwayat Sunan Abi Daud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5572].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.