Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يُشِيرُ بِإِصْبَعِهِ إِذَا دَعَا، وَلَا يُحَرِّكُهَا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda menunjukkan isyarat dengan jarinya apabila berdoa namun baginda tidak menggerakkannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Zubayr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 324, hadis no. 1709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ أو منكر (بنفي التحريك)) عن عبد الله بن الزبير - رضي الله عنه -، قال: ((كان يشير بإصبعه إذا دعا، ولا يحرّكها)). [د، ((الضعيفة)) (5572)].
(Shaz atau Munkar (apabila ada penafian gerakan jari)) Daripada Abdullah bin al-Zubayr RA, dia telah berkata: Baginda menunjukkan isyarat dengan jarinya apabila berdoa namun baginda tidak menggerakkannya. [Riwayat Sunan Abi Daud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5572].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman