Syaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يلعَقُ أصابِعَه ثلاثًا.
Teks Bahasa Melayu
(Bahawa) baginda menjilat jari jemarinya sebanyak tiga kali.
Sahabat Perawi
- Ka’ab bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Syaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 219, hadis no. 1163. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) كعب بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((كان يلعق أصابعه؛ ثلاثا)). [الترمذي في ((الشمائل))، ((الضعيفة)) ((5407)]
(Syaz) Daripada Ka’ab bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: (Bahawa) baginda menjilat jari jemarinya sebanyak tiga kali. [Riwayat al-Tirmidzi dalam al-Shama’il. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5407]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman