Baginda meninggalkannya selepas solat dua rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – لا ينزل منزلا إلا ‌ودّعه بركعتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW tidak akan singgah di suatu persinggahan melainkan Baginda meninggalkannya selepas solat dua rakaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis nombor 5057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: كان – صلى الله عليه وسلم – لا ينزل منزلا إلا ‌ودّعه بركعتين. [ابن خزيمة، الحاكم، الشحامي في ((السباعيات))، ((الضعيفة)) (1047)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW tidak akan singgah di suatu persinggahan melainkan Baginda meninggalkannya selepas solat dua rakaat. [Riwayat Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, dan al-Shahamy dalam al-Suba'iyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1047]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.