Baginda menggemari mentimun

TEKS BAHASA ARAB

كان يحب القثاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda menggemari mentimun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis nombor 5440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الربيع بنت معوذ بن عفراء رضي الله عنها، قالت: بعثني معاذ بن عفراء بقناع من رطب وعليه أجر من قثاء زغب وكان صلى الله عليه وسلم يحب القثاء فأتيته وعنده حلية قد قدمت عليه من البحرين فملأ يده منها، فأعطانيه. [ت في الشمائل، حم، أبو الشيخ، الضعيفة (5411)]

(Lemah) Daripada al-Rubayyi‘ binti Mu‘awwiz bin ‘Afra’ RA, beliau menceritakan: Mu‘az bin ‘Afra’ mengutuskan saya membawa sepinggan tamar, dan di atasnya terdapat beberapa potongan kecil mentimun kepada Nabi SAW. Baginda menggemari mentimun, maka saya pun datang kepada Baginda. Di sisi Baginda terdapat banyak perhiasan yang diberikan daripada Bahrain. Baginda mengambil segenggam perhiasan, dan memberikannya kepada saya, dan saya juga memberikan apa yang saya bawa kepada Baginda. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il, Ahmad dalam al-Musnad dan Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5411)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs