Baginda mengarahkan seorang lelaki yang mendirikan solat menghadap seorang lelaki lain untuk mengulangi solat itu

TEKS BAHASA ARAB

أمر رجلا صلى إلى رجل أن يعيد الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda mengarahkan seorang lelaki yang mendirikan solat menghadap seorang lelaki lain untuk mengulangi solat itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 334, hadis nombor 1757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه -، قال: أنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ رَأَى رَجُلًا يُصَلِّي إِلَى رَجُلٍ، فَأَمَرَهُ أَنْ يُعِيدَ الصَّلاَةَ، قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنِّي قَدْ [أَتْمَمْتُ الصَّلاَةَ. فَقَالَ: ((إِنَّكَ] صَلَّيْتَ وَأَنْتَ تَنْظُرُ إِلَيْهِ)). [البزار، ((الضعيفة)) (6018)].

(Lemah) Daripada Ali RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ melihat seorang lelaki mendirikan solat menghadap seorang lelaki lain, lalu baginda mengarahkan dia untuk mengulangi solat itu. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku [sudah sempurnakan solat.” Maka baginda membalas: “Sesungguhnya kamu] telah solat dalam keadaan kamu memandang dia.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6018].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs