Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَمَرَ رَجُلاً صَلَّى إِلَى رَجُلٍ أَنْ يُعِيدَ الصَّلاَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda mengarahkan seorang lelaki yang mendirikan solat menghadap seorang lelaki lain untuk mengulangi solat itu.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 334, hadis no. 1757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه -، قال: أنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ رَأَى رَجُلًا يُصَلِّي إِلَى رَجُلٍ، فَأَمَرَهُ أَنْ يُعِيدَ الصَّلاَةَ، قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنِّي قَدْ [أَتْمَمْتُ الصَّلاَةَ. فَقَالَ: ((إِنَّكَ] صَلَّيْتَ وَأَنْتَ تَنْظُرُ إِلَيْهِ)). [البزار، ((الضعيفة)) (6018)].
(Daif) Daripada Ali RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ melihat seorang lelaki mendirikan solat menghadap seorang lelaki lain, lalu baginda mengarahkan dia untuk mengulangi solat itu. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku [sudah sempurnakan solat.” Maka baginda membalas: “Sesungguhnya kamu] telah solat dalam keadaan kamu memandang dia.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6018].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman