Baginda mengangkat kedua-dua tangannya apabila memulakan solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يرفع يديه إذا افتتح الصلاة، ثم لا يعود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda mengangkat kedua-dua tangannya apabila memulakan solat, kemudian baginda tidak mengulanginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis nombor 1862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «كان يرفعُ يديْهِ إذا افتتحَ الصلاةَ، ثم لا يعودُ». [البيهقي في «الخلافيات»، «الضعيفة» (943)].

(Batil Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda mengangkat kedua-dua tangannya apabila memulakan solat, kemudian baginda tidak mengulanginya". [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam al-Khilafiyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 943].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.